Views: 117

Please follow and like us:
fb-share-icon0
Tweet 20

Masjid Pernu

Masjid Al-Aziz Kg. Pernu, Melaka terletak di Km.12, Jalan Perbandaran Melaka-Muar, Kg. Pernu, Melaka. Masjid ini dibina pada tahun 1880. Bangunan asal masjid ini dibina oleh penduduk kampung sebelum Perang Dunia Kedua. Pada asalnya pembinaan masjid ini berasaskan kayu dengan rekabentuknya bercirikan bangunan seni Islam seperti yang terdapat sehingga ke hari ini.

Pada bulan Ogos 1960, bangunan lama masjid ini telah dirobohkan dengan persetujuan penduduk setempat untuk digantikan dengan masjid yang baru berasaskan simen hasil kutipan derma penduduk kampung dan para dermawan dengan kos sebanyak RM 40,500.00.

Pada bulan April 1984, masjid ini telah diubahsuai dengan menggunakan wang hasil kutipan derma penduduk kampung ,masyarakat seetempat dan para dermawan dari masyarakat luar. Pengubahsuaian ini menelan kos sebanyak RM 71,000.00 dan telah siap diubahsuai pada bulan Julai 1989. Pada Disember 2004, masjid ini telah diperbaiki dan diubahsuai sekali lagi dengan hasil usaha ahli jawatankuasa masjid ini menggunakan peruntukan sebanyak RM 250,000.00 yang diperolehi dari kerajaan negeri.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP