Masjid Ini terletak di Km.12 Masjid Tanah, mukim Tanjung Keling daerah Melaka Tengah. Masjid ini telah diasaskan oleh Tok Boncol iaitu seorang tokoh agama yang latarbelakangnya tidak dapat dipastikan pada tahun 1919. Masjid ini telah dibaiki dan diubahsuai pada tahun 1995 dengan kos RM 300,000.00. Sebahagian daripada kos pengubahsuaian masjid ini adalah hasil kutipan derma penduduk kampung dan masyarakat setempat. Selepas pengubahsuaian, masjid ini mampu menampung kira0kira 500 orang jeaah dalam suatu masa.