Masjid Batu Gajah adalah merupakan sebuah masjid yang dibina berasaskan kayu. Pengasas masjid ini adalah Md Yakin Bin Suboh. Masjid ini telah dibina pada tahun 1950, hasil daripada perbincangan dan persetujuan masyarakat setempat. Mereka telah menjalankan kutipan derma daripada masyarakat setempat bagi menampung kos pembinaan masjid ini. Pada tahun 1963 masjid ini telah diperbaiki dan dibesarkan melalui bantuan kerajaan serta hasil daripada kutipan derma yang telah dilakukan.