Views: 141

Please follow and like us:
fb-share-icon0
Tweet 20

Masjid Kampung Tengah

Lokasinya terletak di Km 46.4,Mukim Kuala Sungai Baru. Masjid ini dikatakan dibina pada  1923 dan siap pada 1926.

Pembinaannya adalah hasil sumbangan masyarakat setempat dan juga dari sekitarnya, malah turut disumbangkan oleh Pejabat Daerah Melaka Tengah. Kutipan derma terhadap orang kampung dengan mengenakan tariff sebanyak RM40.00 untuk pihak yang sudah berkahwin dan RM25.00 untuk individu yang masih bujang.

Pengasas kepada masjid ini adalah terdiri daripada Datuk Jaafar, Sidang Taib Husin bin Bamfit dan Datuk Hassan Safar.Tukang yang mengetuai pembinaan masjid ini adalah orang Melayu yang merupakan masyarakat setempat manakala tukang Cina dikatakan sebagai pembantu terutama dalam hal-hal senibina.Masyarakat kampung pula membantu dalam hal-hal yang berkaitan dalam  menyempurnakan pembinaan  masjid ini.Masjid ini dibina di atas tapak tanah yang diwakafkan oleh Haji Laji manakala tanah untuk kawasan letak kereta di masjid ini telah diwakafkan oleh Jantan bin Sudip. Pengubahsuaian terhadap masjid ini dilakukan sebanyak tiga kali. Namun maklumat mengenai kerja-kerja pengubahsuaian tidak dapat diperolehi dan dipastikan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP