Views: 157

Please follow and like us:
fb-share-icon0
Tweet 20

Bangunan Risda

Berdasarkan maklumat, adalah di ketahui bahawa bangunan tersebut didirikan dalam tahun 1930an yang mana ianya pernah di duduki oleh Penjajah British dan Jepun sebelum merdeka. Ianya pernah digunakan oleh pihak Askar Wataniah dan RELA sebagai tempat latihan dan kursus di bawah Kementerian Pertahanan. Pada tahun 2005, pihak PERZIM di bawah Kerajaan Negeri telah mengambil urus bangunan tersebut dan di wartakan sebagai Bangunan Warisan.

Struktur bangunan tersebut adalah sebahagiannya dari kayu di Aras Atas dan selebihnya adalah batu-bata di Arah Bawah dengan ketinggian 2 tingkat. Di Aras Bawah terdapat 4 ruang bilik dan 1 ruang garaj manakala di Aras Atas terdapat 5 ruang bilik dan 2 bilik air dan tandas. Keseluruhan lantai di aras atas adalah lantai kayu dan bilik adalah lantai konkrit dan dinding bata berlepa.

Disekitar tahun 2008, bangunan tersebut mula di duduki oleh sebahagian staf PRS Selandar dengan hampir keseluruhan di Aras Atas diguna sebagai ruang pejabat. Di masa tersebut juga pihak Pengurusan telah membuat sedikit kerja pembaikan demi memastikan struktur bangunan sentiasa dalam keadaan selamat. Disamping itu juga, Pihak Pengurusan ada juga memohon sebahagian peruntukan dengan pihak PERZIM untuk menambahbaik keadaan bangunan seperti mengganti kayu yang usang, kebocoran lantai bilik air, lantai kayu, tingkap dan juga pendawaian.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP