Kubur Belanda
Kawasan perkuburan ini mula-mula digunakan pada penghujung abad ke-17. Terdapat 5 buah kubur Belanda dan 33 buah kubur British di kawasan ini. Tanah perkuburan ini digunakan sekitar tahun 1670-1682 dan pada tahun 1818-1838.
Semasa British memerintah Melaka pada tahun 1795. Mereka menggunakan kawasan sekitar Bukit St Paul sebagai lokasi pengkebumian dan kemudiannya menggunakan tapak perkuburan ini pada tahun 1818. Orang British pertama yang dikebumikan di sini ialah Kapten kapal John Kidd. Manakala jenazah yang terakhir dikebumikan oleh British adalah isteri pegawai askar Britis pada tahun 1838.
Kebanyakan kubur British yang terdapat di sini terdiri dari kubur-kubur Tentera Darat dan Tentera Laut. Di samping itu terdapat juga beberapa isteri pegawai-pegawai askar British turut dikebumikan di sini. Dua buah kubur yang dibina lebih cantik dari yang lain adalah kubur pegawai askar British yang gugur semasa peperangan dengan Naning sekitar tahun 1831 dan 1832.