Perigi (Raja) Hang Li Po
Perigi Raja dikenali juga sebagai perigi Hang Li Poh. Perigi ini digali atas titah perintah Sultan Mansor Shah Melaka (TM 1458-1477) khusus untuk isterinya Hang Li Poh dari negeri China. Air perigi ini digunakan untuk keperluan harian dan tidak pernah kering walaupun pada musim kemarauu panjang menurut lagenda, sesiapa yang meminum air perigi ini akan datang semula ke negeri Melaka
Pada tahun 1511, Pahlawan-pahlawan Johor telah mencurahkan racun ke dalam perigi ini menyebabkan ramai orang Portugis mati kerana minum airnya. Pada Tahun 1606 tentera Belanda pula mencurahkan racun dan diikuti Acheh dalam tahun 1628-1629 dengan maksud yang sama iaitu untuk membunuh musuh-musuh mereka secara sulit.
Apabila Belanda menakluki Melaka, Mereka sedar kepentingan perigi ini lalu mendirikan tembok / kota kecil di sekelilingnya lengkap dengan meriam dan rumah-rumah penjaga untuk menjaga keselamatan perigi ini. Walau bagaimanapun semasa pemerintahan Inggeris, perigi ini tidak dipedulikan lagi dan rumah-rumah penjaga di sekitaranya terbiar runtuh.