Visits: 193

Masjid Kampung Tehel

Lokasinya terletak di KM 16 Mukim Ayer Panas, Bemban. Pada asalnya ianya hanya sebuah surau yang diperbuat daripada kayu. Kemudiannya penduduk setempat merancang untuk membina masjid baru di Ulu Tehel, tetapi tidak berjaya dilaksanakan disebabkan beberapa masalah. Namun pada 1923, masjid baru mula di bina dengan menggunakan atap rembia dan siap pada 1926 di tapak yang sama. Semasa tahun 1925, pembinaan masjid ini menghadapi sedikit masalah yang memerlukan perbincangan diantara Nazir Tuan Haji Ibrahim Mawar, Tuan Haji Khalil, Mufti Negeri Melaka pada ketika itu dan Tok Mat Haji Kecut. Hasil perbincangan tersebut, masalah tersebut dapat diselesaikan. Oleh hal yang demikian, pembinaan masjid ini diteruskan dan berjaya disiapkan. Bahan yang digunakan terdiri daripada bahan - bahan yang mudah didapati ketika itu seperti `genting sudu‘  yang digunakan untuk kerja-kerja bumbung.

Pengasas kepada pembinaan masjid ini ialah Nazir Tuan Haji Ibrahim Mawar, Sidang Muit bin Baba dan beberapa orang yang lain. Kerja - kerja pembinaannya dijalankan secara gotong - royong. Dana diperolehi hasil daripada kutipan derma yang dilakukan oleh penduduk kampung yang mana kebanyakkannya menderma dari RM10.00 sehingga RM50.00 bagi golongan yang kaya. Tugas - tugas penduduk setempat dalam pembinaan masjid ini adalah mengangkut dan menambak tanah manakala kerja - kerja ukiran dan tukangan dilakukan oleh orang Cina. Dari segi bahan, kayu untuk tiang seri di beli dari seberang (Siak dan Sumatera). Tanah tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Khatijah binti Omar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP