Views: 156

Please follow and like us:
fb-share-icon0
Tweet 20

Makam Hang Jebat

Ia terletak di Jalan Kuli di zon pemuliharaan utama Tapak Warisan Dunia UNESCO dan zon penempatan yang telah diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988. Hang Jebat adalah salah seorang sahabat yang paling penting serta rapat dengan Hang Tuah, pahlawan Melayu Melaka yang masyhur.

Hang Jebat serta Hang Tuah merupakan hulubalang terbilang lima sahabat bersama dengan Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Beliau telah berkhidmat sebagai laksamana bermula pada zaman pemerintahan sultan Melayu Melaka ke 5 iaitu Sultan Muzaffar Shah (1446 - 1456) sehingga awal pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488 - 1511).

Sebagai seorang sahabat yang setia, Hang Jebat merasa marah dengan tindakan Sultan yang menghukum bunuh Hang Tuah atas fitnah yang diterima dari Patih Karma Wijaya tanpa menyiasatnya terlebih dahulu. Lantas, Hang Jebat telah menderhaka kepada Sultan untuk membalas dendam dan menegakkan keadilan.

Bendahara diperintahkan oleh Sultan agar membunuh Hang Tuah, namun beliau tidak melaksanakan perintah tersebut. Hang Tuah telah disembunyikan di suatu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapapun.

Setelah menyaksikan sikap Hang Jebat yang derhaka maka Hang Tuah dijemput semula bagi membunuh Hang Jebat. Berlaku satu pertarungan hebat antara kedua sahabat itu dan akhirnya Hang Jebat tewas di tangan sahabatnya sendiri Hang Tuah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP