Bangunan Muzium Penjara Malaysia
Muzium Penjara Banda Hilir merupakan bekas penjara dan sekolah juvana yang terletak di tengah – tengah Bandar Hilir, Melaka. Muzium ini terletak bersebelahan dengan jalan utama dan lebih menyerlah dari bangunan – bangunan yang wujud berhampirannya. Menonjol dengan warna putih dan tembok yang tinggi, muzium ini menarik ramai pelancong khususnya pelancong dari luar negara yang sendiri ingin merasakan suasana dalam bekas penjara tersebut. Muzium penjara ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai suasana penjara dan mendapatkan pengetahuan tentang penjara dan hukumannya.
Penjara Banda Hilir merupakan tapak bangunan penjara tertua di Tanah Melayu selepas Penjara Pulau Pinang dan ia telah di bina pada Zaman Penjajahan British untuk menempatkan pesalah yang melakukan jenayah dan menentang pemerintahan. Nama pertama penjara ini pada awalnya ialah H. M. Jail (Her Majesty’s jail) di bina pada tahun 1860 dan dirasmikan oleh Colonel Cavenagh Cavenor (Pegawai Daerah British di Bandar Hilir). Pada tahun 1955 sehingga 1960, penjara ini di huni oleh banduan muda (21 tahun ke bawah) di bawah jagaan Mr. Golden. Pada tahun 1960 sehingga 1970, Tuan Hj. Nor Shahid telah mengambil alih tugas sebagai Superintenden Penjara berpangkat Pegawai Besar (Inspektor Penjara). Rumah penginapan superintendan ketika itu terletak di bahagian atas pintu besar penjara tersebut.
Pada tahun 1968, banduan muda dari Penjara ini dipindahkan ke Penjara Sungai Petani Kedah. Manakala penghuni dari Sekolah Henry Gurney ke – II, Bandar Hilir selepas Sekolah Henry Gurney Telok Mas yang telah di buka pada 15 Mei 1950 oleh Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney (KCKG). Institut ini bertukar taraf menjadi penjara pada 11 Jun 1990 dan dikenali sebagai Penjara Banda Hilir Melaka pada 12 Jun 1990.