Visits: 369

Bangunan Penempatan Kakitangan Muzium

Muzium Penjara Malaysia terletak di Jalan Parameswara, Bandar Hilir Melaka. Pada 27 Januari 2010, Jabatan Penjara Malaysia mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengubahsuai Penjara Banda Hilir untuk dijadikan Muzium Penjara Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Penjara ini telah dikosongkan pada 25 Jun 2010 dan penghuni dipindahkan ke Penjara Baru, Penjara Sungai Udang, Melaka untuk kerja pengubahsuaian telah bermula pada Jun 2010 dan di jangka siap sepenuhnya pada Januari 2012. Muzium ini dirasmikan pada tahun 2014 dan kini diketuai oleh Penguasa Penjara Noratimah binti Abu Bakar.

Muzium ini akan mempamerkan mengenai perkembangan penjara di Malaysia bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga Malaysia masa kini. Muzium ini juga akan mengetengahkan kepada pelawat jenis – jenis penjara dan pusat tahanan yang telah diwujudkan di negara ini dan jenis – jenis hukuman dan bahan atau alatan yang digunakan. Selain itu, ia juga memaparkan rentetan hidup seorang banduan yang telah dijatuhkan hukuman kepadanya termasuk aktiviti harian, pakaian, menu dan aktiviti pemulihan.

Seterusnya muzium ini mempamerkan barangan atau hasil seni yang dihasilkan oleh banduan dan orang tahanan dalam meniti kehidupan di penjara termasuk “graffiti” yang dihasilkan di dinding – dinding sel penjara. Pelawat boleh melihat senjata haram “artikel larangan” yang dihasilkan oleh sesetengah banduan semasa di dalam tahanan bertujuan untuk mempertahankan diri atau melarikan diri dari tahanan.

Di samping itu, muzium ini juga mempamerkan senarai banduan – banduan popular yang pernah menggemparkan Jabatan Penjara, negara dan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Penggunaan panel penerangan, diorama, maniquin dan kiosk digunakan dalam penubuhan muzium ini.

1 Comment to “ Bangunan Penempatan Kakitangan Muzium”

  1. Mark says :Balas

    Thanks for your blog, nice to read. Do not stop.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP