Visits: 174

Bastion Hendrica Louisa

Penyelidikan arkeologi dan eskavasi Bastion Hendrica Louisa (Bastion = kubu) dijalankan oleh Jabatan Warisan Negara bertujuan untuk mendedahkan lanjutan jajaran tembok Kota Melaka dan Bastion Henrica Louisa. Berdasarkan kepada kebanyakkan pelan – pelan lama Portugis dan Belanda, tapak ini terletak di arah selatan dan merupakan kawasan pertahanan untuk mempertahankan serangan dari arah laut dan juga darat. Selain itu, berdasarkan sumber sejarah, Bastion ini mempunyai kekuatan tujuh buah meriam bagi menahan serangan musuh. Pertahanan di kawasan ini juga diperkuat oleh binaan parit atau moat di bahagian luar kota yang mempunyai kelebaran dan kedalaman sebanyak lebih kurang 5 meter dan mengandungi air untuk mengelak musuh dari mendekati tembok kota. Bacaan koordinat adalah 2 11’ 32” U dan 102 15’ 02” dengan 3.4 meter ketinggian dari paras laut. Kedudukan Bastion dan jajaran tembok kota telah dikenalpasti setelah dilakukan eskavasi percubaan terlebih dahulu. Kemudian petak eskavasi berukuran 2 meter x 2 meter telah di buka.

Jumpaan awal jajaran tembok Kota Melaka juga telah membawa kepada penemuan struktur Bastion Henrica Louisa yang di anggap sebagai jumpaan penting yang menyamai bentuk bastion seperti yang terdapat di dalam pelan Belanda abad ke 18. Walau bagaimanapun, keadaan struktur bastion yang dijumpai berada dalam keadaan musnah, namun struktur asasnya masih berbentuk seperti yang terdapat di dalam rekod Portugis dan Belanda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP