Views: 204

Please follow and like us:
fb-share-icon0
Tweet 20

Bastion Santiago (Wilhelmus)

Bastion Santiago adalah sebahagian dari tinggalan Kota pertahanan Melaka yang di bina oleh Portugis selepas menakluki Melaka pada tahun 1511. Kota ini diperkukuhan pada zaman Belanda selepas menewaskan Portugis pada tahun 1641. Kewujudannya dapat di lihat pada pelan kota yang di buka di zaman pemerintahan Portugis dan Belanda. Kota ini telah dimusnahkan oleh British bawah pimpinan William Farquhar pada tahun 1807. Hanya pintu Santiago sahaja yang terselamat setelah di halang oleh Stamford Raffles dan Lord Minto.

Bastion Santiago telah ditemui semula pada akhir tahun 2002 iaitu semasa kerja – kerja penggalian bagi projek pembangunan Padang Pahlawan dijalankan. Penemuan ini bersempadan dengan tembok penahan ombak yang di bina oleh Pemerintah Inggeris pada awal kurun ke – 19 dengan menggunakan batu runtuhan Kota Melaka. Kawasan tersebut merupakan Pantai Selat Melaka yang di tambak dan dijadikan padang sekitar tahun 1930 – an. Penemuan tembok separuh bulatan di anggap sebagai binaan kota asal yang dikenali sebagai Bastion Santiago. Disebabkan penemuan tersebut kerja – kerja pembinaan di Padang Pahlawan diubahsuai supaya penemuan tersebut kekal dan dipelihara.

Pada tahun 2003, Jabatan Muzium dan Antikuiti telah melakukan kerja – kerja eskavasi di halaman premix dengan andaian dapat menemui susunan batu laterit berbentuk bulatan yang tertanam di bawah lapisan premix ini. Kerja – kerja penggalian seluas 23 meter x 18 meter telah dilaksanakan. Beberapa bahagian dari sambungan telah ditemui. Walau bagaimanapun, timbunan batu runtuhan di bawah 20 hingga 30 sentimeter dari atas permukaan premix menyukarkan penggalian. Kerja – kerja penggalian seterusnya dilaksanakan pada tahun 2005. Batu – batu runtuhan yang di rekod, di rakam dan dikeluarkan dari tapak penggalian. Dari kerja – kerja yang dilaksanakan hampir keseluruhan bulatan Bastion telah di kesan. Penemuan susunan batu laterit berbentuk bulatan juga ditemui pada ruang bahagian dalam Bastion. Turut ditemui adalah tembok yang menghala ke pintu Santiago dan tembok yang mengarah ke bahagian barat. Penggalian terus dilaksanakan dengan mengikut penemuan susunan tembok hingga aras kedalaman hampir 3 meter. Tembok asas kota masih berterusan. Walaubagaimanapun, kerja – kerja penggalian dihentikan kerana tapak galian ditakungi air. Penemuan ini dipertontontkan kepada palawat dalam keadaan sedia ada kerana tidak dapat dipastikan dengan tepat ketinggian dan bentuk sebenar Bastion Santiago.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP