Visits: 183

Bastion Victoria

Bastion Victoria mendapat namanya pada 7 November 1641 ketika era Belanda (St. Domingo adalah nama asal ketika era Portugis)

Bastion Victoria merupakan salah sebuah kubu pertahanan penting Kota Melaka ketika era Portugis dan Belanda untuk menahan serangan dari arah utara dan timur

Pada 14 Januari 1641, Belanda berjaya menceroboh masuk ke dalam Kota Melaka melalui bahagian belakang kota dengan menghancurkan kubu St. Domingo (Bastion Victoria)

Kemasukan Belanda telah menyebabkan kerosakan teruk ke atas Kota Melaka termasuklah Bastion Victoria. Justeru, Belanda telah menjalankan kerja-kerja pembaikan dan memperbesarkan Bastion Victoria.

Fausse braie yang merupakan satu bentuk strategi pertahanan juga turut dibina bermula dari Bastion Victoria mengelilingi bahagian darat hingga ke laut

Moat juga digali bermula dari sungai di bahagian Bastion Victoria mengelilingi bahagian sebelah darat kota hingga ke laut sekaligus menukar kota menjadi seolah sebuah pulau

Sebuah kubu pertahanan berbentuk tiga segi yang dipanggil Ravelin telah dibina di sebelah luar Bastion Victoria untuk memperkuat pertahanan di sebelah utara dan timur

Kota Melaka termasuk kubunya Bastion Victoria telah dimusnahkan oleh Inggeris pada tahun 1809

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP