Visits: 180

Batu Megalith Datuk Tua

Megalith bererti batu besar yang dipotong mengikut kesesuian dan kebudayaan masing-masing menjadi kepingan dari batu granit. Budaya megalith terdapat di banyak negara dengan peranan dan pendekatan yang berbeza. Sebahagian masyarakat tempatan batu megalith dikenali juga sebagai batu hidup berikutan ianya dipercayai membesar dari masa ke semasa dan juga quartz dari kepingan batu granit bercahaya apabila disuluh pada waktu malam.

Di England di kenali sebagai ‘megalith stone hand’ yang terdapat di suatu kawasan luas berfungsi untuk mengkaji perjalanan bintang dan matahari. Manakala di Indonesia megalith ini digunakan di tanah perkuburan yang terdiri dari kepingan batu berdiri dan diukir berbentuk binatang dan lain-lain.Ianya diberikan pentarikhan dari era prasejarah hingga ke awal kurun 1900an.

Di Malaysia terdapat 3 jenis megalit iaitu kepingan batu yang ditemui di Sungkai, Perak. Megalit Dolmen yang ditemui di Serawak dan megalit berdiri yang dijumpai di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Terdapat lebih dari 100 unit megalith yang terdapat di negeri Melaka dan lebih tertumpu di daerah Alor Gajah iaitu di Naning, Cerana Puteh, Simpang Empat, Tanjung Rimau, Gadek, Kemuning dan Pulau Sebang hingga ke sempadan Negeri Sembilan. Megalit di Melaka dan Negeri Sembilan dipercayai wujud sekitar kurun ke-6 atau sezaman dengan peradaban Hindu-Budha di Lembah Bujang, Kedah. Ada juga yang berpendapat ianya wujud sekitar zaman Kesultanan Melayu Melaka antara 1400 masihi hingga ke 1700an. Budaya megalith ini dpercayai dibawa oleh orang-orang Sumatera. Mereka menyeberangi Selat Melaka dan mudik ke hulu melalui sungai Melaka, sungai Linggi dan sungai Muar.dan membina penempatan di sekitar Ulu Rembau, Alor gajah, Tampin dan Kuala Pilah. Batu ini ditanam biasanya di kawasan perkuburan dan secara berpasangan. Ketinggian kepingan megalit ini biasanya diantara 6 inci hingga ke 15 kaki tinggi.Akibat dari perubahn cuaca dan hakisan tanah kebanyakan megalith ini telah tumbang akbiat kurang kesimbangan untuk berdiri.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP