Visits: 269

Hj Md Zaid bin Samad

Rumah tradisional ini dibina sepenuhnya pada tahun 1948 bermula dengan binaan di bahagian rumah ibu pada tahun 1945. Rumah ini dibina oleh tukang berbangsa Cina, manakala di bahagian pangkin antara rumah ibu dan pelantar menggunakan perkhidmatan dan kepakaran tukang berbangsa Melayu. Rumah asal ini adalah milik Haji Abu Adam bin Kalam bersama pasangannya iaitu Hajah Lambak binti Majid yang kemudiannya telah menyerahkan rumah ini kepada anaknya iaitu Hajah Jamnah binti Haji Abu Adam dan suaminya iaitu Haji Md Zaid bin Samad pada tahun 1956.

Rumah ini dibina menggunakan kayu sentol dan resak. Di bahagian permukaan dindingnya pula menggunakan kayu seraya batu manakala bahagian lantainya menggunakan kayu minyak dan tiang rumah menggunakan kayu resak. Rumah ini memiliki 2 loteng iaitu di bahagian rumah tengah dan di rumah ibu.


رومه تراديسيونال اين دبينا سڤنوهڽ ڤد تاهون ١٩٤٨ برمولا دڠن بينأن د بهاڬين رومه ايبو ڤد تاهون ١٩٤٥. رومه اين دبينا اوليه توكڠ بربڠسا چينا، مانكالا د بهاڬين ڤڠكين انتارا رومه ايبو دان ڤلنتر مڠڬوناكن ڤرخدمتن دان كڤاكرن توكڠ بربڠسا ملايو. رومه اصل اين اداله ميليق حاج ابو آدم بن كلام برسام ڤاسڠنڽ أيايت حاجه لمبق بنت مجيد يڠ كمودينڽ تله مڽراهكن رومه اين كڤد انقڽ أيايت حاجه جمنه بنت حاج ابو آدم دان سواميڽ أيايت حاج مد زيد بن صمد ڤد تاهون ١٩٥٦.

رومه اين دبينا مڠڬوناكن كايو سنتول دان ريسق. د بهاڬين ڤرموكأن دينديڠڽ ڤولا مڠڬوناكن كايو سرايا باتو مانكالا بهاڬين لنتايڽ مڠڬوناكن كايو ميڽق دان تياڠ رومه مڠڬوناكن كايو ريسق. رومه اين مميليقي ٢ لوتيڠ أيايت د بهاڬين رومه تڠه دان د رومه ايبو.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP