Views: 136

Please follow and like us:
fb-share-icon0
Tweet 20

Kampung Banda Kaba

Banda Kaba yang terletak berhampiran dengan Sekolah Tinggi Melaa dikatakan mendapat nama daripada perkataan Portugis ‘Jakaba’. Daripada perkataan inilah lahirnya Banda Kaba.

Menurut cerita pada masa dahulu, di kawasan Banda Kaba tedapat banyak pokok kelapa. Apabila orang hendak masuk ke kawasan Banda Kaba, maka jalan yang hendak ditempuhi itu gelap sehingga membuatkan mereka yang lalu di situ teraba – raba dan dari peristiwa itulah dipercayai wujudnya nama Banda Kaba.

Terdapat dua andaian mengenai sejarah pembukaan Banda Kaba. Andaian pertama mengatakan bahawa Banda Kaba telah di buka oleh Pak Bakar yang berasal dari Daik. Menurut cerita, sebahagian tanahnya telah dibahagikan kepada anak – anaknya. Walaubagaimanapun, tanah – tanah tersebut telah dijualkan kepada orang – orang Cina.

Andaian kedua pula mengatakan bahawa Banda Kaba telah di buka oleh keturunan Tuan Haji Bachik. Tuan Haji Bachik ketika itu merupakan orang kaya di Banda Kaba. Sebahagian daripada masyarakat yang mendiami Banda Kaba terdiri daripada masyarakat Melayu dan selebihnya masyarakat India (India Muslim), Cina dan Jawa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP