Visits: 172

Kampung Chitti

Masyarakat Peranakan Chitty Melaka adalah pewaris keturunan pedagang India yang datang ke Negeri Melaka pada kurun ke – 15. Masyarakat ini pada awalnya bertumpu di sekitar kawasan Jalan Tukang Mas, Kampung Keling, sebelum berpindah pusat ke sebuah perkampungan yang di kenali sebagai Gajah Berang di Tranquerah (Tengkera). Masyarakat ini memiliki keunikkan tersendiri kerana mereka menggabungkan unsur kebudayaan Melayu dan India dalam kehidupan mereka, sebagaimana gabungan budaya Melayu dan Cina telah menghasilkan kebudayaan masyarakat Peranakan Baba Nyonya Selat. Walaupun begitu, masyarakat Peranakan Chitty hanya berpusat di Melaka sahaja, dan merupakan satu – satunya pusaka warisan yang perlu dikekalkan dan di pelihara daripada hilang di telan zaman.

Kegiatan kebudayaan dan keagamaan masyarakat ini masih berlegar di antara beberapa buah kuil bersejarah seperti Kuil Sri Maha Mariamman (1822), Kuil Sri Kalaisana Thar (1887), Kuil Sri Angalaa Parameswari (1888) dan yang terutamanya, Kuil Sri Poyyataha Vinayagar Moorthi (1781). Salah satu perayaan unik yang diraikan oleh masyarakat Peranakan Chitty ialah perayaan ‘Sembahyang Dato’ Chacar’ yakni para penganut berdoa agar diri mereka dibersihkan zahir dan batin. Perayaan ini merupakan pemangkin bagi penyatuan dan kesinambungan masyarakat itu sendiri yang kini hanya tinggal kira – kira 300 orang sahaja di Melaka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP