Visits: 164

Kampung Portugis

Masyarakat Portugis di Melaka pada hari ini adalah dari keturunan Portugis yang pernah memerintah Melaka selama 130 tahun iaitu di antara tahun 1511 – 1641. Masyarakat yang memelihara bahasa aslinya iaitu Cristang ini terdiri daripada keluarga beragama Serani yang telah lama bergaul dan berkhidmat sebagai anak watan, sambil menyambung warisan kebudayaan ibunda mereka. Pusat kebudayaan masyarakat Portugis ini dahulunya berpusat di Gereja Chapel of the Sacred Heart (1860) dan Malacca Eurasian Association (1934) di Jalan Tan Cheng Lock (dahulu Heeren Street), tetapi setelah jumlah ahli kelompok ini semakin berkurangan sekitar tahun 1980 – an, pihak kerajaan telah membina sebuah perkampungan baru menurut reka bentuk sebuah Mercado Portugis, bagi memelihara warisan kebudayaan dan kehidupan mereka di Medan Kampung Portugis, Ujung Pasir.

Antara perayaan yang diraikan oleh masyarakat ini adalah Fiesta San Pedro dan Fiesta San Juan. Warisan Budaya masyarakat Portugis ini amat ketara dalam kebudayaan dan kehidupan seharian rakyat Malaysia, baik dari segi sumbangan mereka dalam memperkaya Bahasa Melayu melalui pengayaan perbendaharaan kata Bahasa Melayu seperti ‘kemeja’, ‘baju’, ‘almari’ dan ‘bendera’ mislanya. Masyarakat ini juga menggunakan unsur – unsur makanan tradisi seperti kuih bahulu dan bingka yang boleh dinikmati sehingga sekarang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP