Views: 117

Please follow and like us:
fb-share-icon0
Tweet 20

Kota Sempang

Kota Sempang yang di bina oleh tentera Belanda terletak di dalam kawasan Kampung Sungai Dua, Kuala Linggi, Melaka yang bersempadan dengan Kuala Linggi Negeri Sembilan dan dipisahkan dengan Sungai Linggi. Kedudukan kota adalah 5 kilometer dari jalan utama Lubuk China ke Pengkalan Kempas dan berada di dalam kawasan tanah rizab sungai milik kerajaan negeri serta berhampiran ladang kelapa sawit milik persendirian.

Berbanding kesan tinggalan sejarah lain di Melaka, Kota Sempang di Kuala Linggi agak kurang dikenali sedangkan nilai sejarahnya sama kerana ia membuktikan penjajah pernah menduduki kawasan ini. Kota Sempang berkedudukan di tepi Sungai Linggi yang mana merupakan satu kawasan strategik sebagai tempat pertahanan dan tinjauan bagi laluan keluar masuk kapal berdagang yang melalui Sungai Linggi untuk ke Pengkalan  Kempas dan kawasan pendalaman bagi tujuan berniaga. Ia juga di bina bagi menjaga keselamatan kapal pedagang dari serangan lanun atau askar Bugis. Selain itu ia berfungsi sebagai tempat mengutip cukai kapal - kapal pedagang yang masuk. Kemungkinan sejarah Kota Sempang berkait rapat dengan Kota Supai yang berada di Kuala Linggi dimana jarak antara kedua-dua kota ini adalah 8 km. Kota yang di bina dalam abad ke 18 ini dilengkapi dengan peralatan pertahanan seperti meriam dan kediaman tentera.

Kawasan Sempang yang terletak di pesisiran Sungai Linggi dahulunya merupakan kawasan penempatan yang pernah didiami bermula abad ke 15 sehingga abad ke 20 (1950an) di mana semua kawasan penempatan telah dirobohkan dan penduduk Sempang di arah berpindah ke kawasan lain. Pada masa sekarang masih lagi terdapat kesan tapak penempatan di dalam kawasan ladang berdekatan kota.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP