Visits: 180

Kota St John

Kota St. John terletak di Bukit Senjuang, kira-kira 3 kilometer dari Bandar Melaka. Nama asal Bukit Senjuang ialah Bukit Pipi. Nama Bukit Senjuang diubah oleh penduduk tempatan agar mempunyai ciri-ciri kemelayuan dan ianya kekal sehingga kini. Pada zaman pemerintahan Portugis, terdapat sebuah gereja di atas bukit ini tetapi telah dimusnahkan oleh tentera Acheh sekitar tahun 1628 – 1629. Semasa pemerintahan Belanda bukit ini telah dibina kota pertahanan. Kedudukan bukit yang tinggi ini dapat melihat Laut Selat Melaka dan bahagian selatan dengan jelas. Manakala di zaman pemerintahan Inggeris kota ini tidak lagi digunakan.

Kota ini dibina daripada batu laterit dan batu-bata zaman Belanda. Ianya mempunyai satu sahaja laluan masuk, ketinggian tembok luar dianggar setinggi 10 hingga 12 kaki. Bahagin dalamnya dibina secara bertingkat antara 2 hingga 7 kaki dengan ketinggian 3 kaki. Tapak bersejarah Kota St. John ini telah dijadikan sebagai kawasan warisan di bawah pengiktirafan Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP