Visits: 21

Kren

Sejarah Melaka amat berkait rapat dengan perdagangan perkapalan. Kapal yang berlabuh di Sungai Melaka membawa pelbagai jenis barangan seperti makanan, hasil hutan, laut, pertanian dan barangan yang siap. Kebanyakan kapal yang berukuran besar hanya berlabuh di luar Pelabuhan Melaka dan hanya kapal dagangan yang berukuran kecil dan sederhana dapat berlabuh di Sungai Melaka.

Tongkang dan bot yang membawa barang-barang pukal dan berat memerlukan kren untuk memunggah barangan pukal dan berat dari kapal ke daratan. Kren ini dibina semasa pemerintahan Belanda dan telah digunakan serta diperbaiki semula semasa pemerintahan British.

Bahagian pengangkat kren ini diperbuat daripada kayu yang berukuran 6 meter dan ditarik ke atas menggunakan rantai besi atau tali dan ia boleh digerakkan 360 darjah  menggunakan kren terhenti pada awal abad ke 20 apabila sistem pengangkutan jalan raya menggantikan pengangkutan air dan Pelabuhan Melaka tidak dapat lagi digunakan oleh kapal-kapal dagangan disamping tiada usaha dilaksanakan untuk membangunkan semula perlabuhan yang telah cetek.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP