Visits: 451

Kubur Inggeris

Pada tahun 1829 pemerintahan Inggeris di Melaka telah meminta Daerah Naning membayar cukai sebanyak 1/10 dari hasil tanamannya. Datuk Naning Datuk Dol Said telah menolak tuntutan tersebut. Disebabkan itu Inggeris telah menyerang Naning pada tahun 1831. Serangan tersebut telah dapat ditewaskan oleh Datuk Naning dan pengikut-pengikutnya yang menentang campur tangan Inggeris. Pada bulan Mei 1832 Inggeris menyerang Naning buat kali kedua walaupun Naning tewas dalam peperangan tersebut Datuk Dol Said hanya menyerah diri pada tahun 1834. Beliau diberi pencen sebanyak 100 ringgit setiap bulan sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1849. Walaupun Inggeris menang dalam peperangan tersebut, ramai tenteranya yang terkorban antaranya George Holford Walker beserta kuda dan anjingnya dan disemadikan di tempat ini.

1 Comment to “ Kubur Inggeris”

  1. Ghaz E Ajax says :Balas

    Menarik

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP