Visits: 166

Kubur Syarifah Rodziah

Terdapat tiga sumber yang berhubung kait dengan kewujudan kubur ini :

Sumber pertama menyatakan bahawa ia dikenali sebagai kubur Siti Sarah, iaitu isteri kepada Saiyid Ibrahim r.a. Nama sebenarnya ialah Siti Sarah Ibn Syeikh Yusuf As-Sidiq dan merupakan seorang wanita yang sangat taat kepada agama Islam. Disebabkan kecintaan yang sangat mendalam kepada agama, beliau turut mengikut bapanya bersama Sultan Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar r.a mengembangkan ajaran Islam di Kepulauan Melayu. Beliau disifatkan sebagai seorang yang zuhud serta tinggi ilmunya dan sering mengikuti majlis ilmu. Ada masanya, ketika bapanya terlupa akan penyelesaian atas sesuatu permasalahan maka Siti Sarah bersuara mengingatkan jawapan kepada permasalahan tersebut.

Selain itu juga, ada juga sumber yang menyatakan bahawa Syarifah Rodziah hanya merupakan seorang penduduk tempatan yang berasal dari sebuah perkampungan di Melaka. Beliau telah berpindah dan menetap di Pulau Besar bersama suaminya sehingga ke akhir hayat.

Percanggahan pendapat tentang asal usul Siti Sarah atau Syarifah Rodziah ini juga dapat di lihat daripada satu sumber yang menyatakan bahawa beliau adalah anak kepada Sultan Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar r.a. Beliau datang ke Pulau Besar kerana mengikuti ayahandanya untuk menyebarkan Islam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP