Visits: 146

Kubur Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir

Terdapat banyak versi penceritaan mengenai Sultan Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar r.a. Di antaranya ialah

Menurut satu sumber, nama sebenar tokoh ini ialah As-Saiyid Sultan Al-Arifin Syeikh Ismail Ibn Saiyid Abdul Qadir ibn Saiyid Abdul Jabbar r.a. Beliau adalah keturunan ke-18 Rasullullah SAW. Sultan Al-Arifin Ibn Syeikh Ismail r.a dilahirkan pada 17 Rabiulawal tahun 867H bersamaan 1463M di Baghdad. Bapanya bernama As-Saiyid As-Syeikh Abdul Qadir serta ibunya bernama Sayyidah Fatimah. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Sultan Arifin meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika berusia 58 tahun. Turut dikebumikan bersama beliau adalah 41 orang pengikut - pengikutnya.

Beliau mempunyai ilmu yang tinggi mengenai Islam. Menurut riwayat, sewaktu berkunjung ke Madinah beliau telah mendapat petunjuk agar mengembangkan agama Islam ke Kepulauan Melayu. Seterusnya beliau telah mengembara dan tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 16 orang ahli kumpulan. Di antaranya ialah Syeikh Yusuf As-Sidiq dan saudaranya As-Sayyid Ibrahim. Di Pulau Besar ilmu Sultan Arifin telah tersebar luas dan mempunyai pengikut yang sangat ramai.

Selain itu, ada juga sumber yang menyatakan beliau adalah seorang ulama yang telah mengunjungi Tanah Melayu, Singapura dan Sumatera (Indonesia) untuk menyebarkan syiar Islam. Dari Sumatera Timur, beliau telah tiba di negeri Kedah dan seterusnya melalui Selat Melaka. Sewaktu dalam pelayaran, beliau telah keputusan bekalan air dan mengambil keputusan untuk mendarat di Pulau Besar. Peristiwa ini dipercayai berlaku lebih 560 tahun yang lalu (929 Masihi).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP