Visits: 154

Kubur Tok Gubah

Dipercayai berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera Barat dan merupakan individu pertama yang terlibat secara langsung di dalam pembukaan kampung Gubah. Beliau juga dikenali dengan nama Abu Kassim yang telah berhijrah bersama dengan ahli keluarga terdekat beliau untuk mencari rezeki ke Melaka.

Datuk Gubah dan pengikutnya bermalam sementara di muara sungai Melaka dan akhirnya terus mudik ke kawasan pendalaman sehinggalah sampai ke satu kawasan yang sekarang ini dikenali sebagai Nyalas. Beliau berhasrat untuk membuka penempatan di kawasan berkenaan, namun semasa kerja-kerja penerokaan hutan terdapat sebatang pokok besar yang sukar untuk di tebang iaitu pokok palas.

Beliau telah mendapatkan khidmat nasihat dari seorang penduduk tetap yang tinggal berhampiran dengan kawasan berkenaan yang dikenali dengan nama pawang landas. Pawang landas telah membantu beliau untuk menebang pokok besar berkenaan namun gagal. Tok Gubah telah dinasihatkan agar menukar lokasi penerokaan beliau.

Tok Gubah telah berpindah ke lokasi baru yang berhampiran dan akhirnya berjaya meneroka tapak berkenaan yang kekal sehingga kini dengan nama Kampung Gubah sempena pengubahan lokasi penerokaan kawasan yang beliau telah laksanakan.

دڤرچايأي برأصل دري ڤاڬر رويوڠ، سومترا بارت دان مروڤاكن اينديۏيدو ڤرتام يڠ ترليبت سچارا لڠسوڠ د دالم ڤمبوكأن كامڤوڠ ڬوبه. بلياو جوڬ دكنلي دڠن نام ابو قاسم يڠ تله برهجره برسام دڠن اهلي كلوارڬ تردكت بلياو اونتوق منچاري رزقي كملاك

توق ڬوبه دان ڤڠيكوتڽ برمالم سمنتارا د موارا سوڠاي ملاك دان اخيرڽ تروس موديق ككاوسن ڤندالامن سهيڠڬالاه سمڤاي كساتو كاوسن يڠ سكارڠ اين دكنلي سباڬاي ڽالاس. بلياو برحسرت اونتوق ممبوك ڤنمڤتن دكاوسن بركنأن، نامون سماس كرجا-كرجا ڤنروكأن هوتن ترداڤت سباتڠ ڤوكوق بسر يڠ سوكر اونتوق د تبڠ ايأيت ڤوكوق ڤالس

بلاياو تله منداڤتكن خدمت نصيحت دري سأورڠ ڤندودوق تتڤ يڠ تيڠڬل برهمڤيرن دڠن كاوسن بركنأن يڠ دكنلي دڠن نام ڤاواڠ لندس. ڤاواڠ لندس تله ممبنتو بلياو اونتوق منبڠ ڤوكوق بسر بركنأن نامون ڬاڬل. توق ڬوبه تله دنصيحتكن اڬر منوكر لوكاسي ڤنروكأن بلياو

توق ڬوبه تله برڤينده كلوكاسي بارو يڠ برهمڤيرن دان اخيرڽ برجاي منروك تاڤق بركنأن يڠ ككال سهيڠڬ كيني دڠن نام كامڤوڠ ڬوبه سمڤنا ڤڠوباهن لوكاسي ڤنروكان كاوسن يڠ بلياو تله لقسانكن

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP