Visits: 335

Kubur Tok Senara

Kubur ini adalah dipercayai kubur Mat Yasin seorang peneroka dan pengasas bandar Jasin. Bandar ini diberi nama Jasin sempena nama Mat Yasin atau lebih dikenali sebagai ‘Tok Senara’ yang telah meneroka bandar Jasin sebagai penempatan dan seterusnya menjadi sebuah bandar yang pesat membangun.

Kubur ini dikelilingi oleh waris-waris Tok Senara dan telah dipulihara oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada tahun 2007 melalui peruntukan Kumpulan Wang Tabung Amanah Pemuliharaan dan Pemugaran Negeri Melaka sebagai salah satu lokasi lawatan pelancongan di bandar Jasin.

قبور توء سنارا

قبور اين اداله دڤرچايأي مقام مت يسٓ سأورڠ ڤنروك دان ڤڠاسس بندر جاسين. بندر اين دبري نام جاسين سمڤنا نام مت يسٓ اتاو لبيه دكنلي سباڬاي ‘توء سنارا‘ يڠ تله منروك بندر جاسين سباڬاي ڤنمڤتن دان ستروسڽ منجادي سبواه بندر يڠ ڤسات ممباڠون

قبور اين دكليليڠي اوليه واريث-واريث توء سنارا دان تله دڤوليها را اوليه ڤربادنن موزيوم ملاك ﴿ڤرزيم﴾ ڤد تاهون 2007 ملالوءي ڤرونتوكن كومڤولن واڠ تابوڠ أمانه ڤموليهارأن دان ڤموڬارن نڬري ملاك سباڬاي ساله ساتو لوكاسي لاوتن ڤلنچوڠن د بندر جاسين

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP