Visits: 159

Kuih Tradisional Kaum Tionghua

Hari ini seluruh masyarakat Cina akan berada di ambang Tahun Baru Cina 2021 dengan norma dan situasi baharu memandangkan pendemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Perayaan tetap boleh diraikan bersama-sama dengan keluarga dan kenalan dengan norma baru dan kecanggihan teknologi yang ada.

Sambil-sambil menanti tiba saat gembiranya makan besar bersama keluarga, mari admin kongsikan sedikit informasi mengenai kuih tradisional yang dihidangkan oleh masyarakat Cina dari suku kaum Hakka semasa perayaan Tahun Baru Cina.

Hakka adalah kumpulan budaya yang berasal dari Dataran Tengah China dan turut tersebar di negara-negara seperti Hong Kong, Guangdong, Taiwan, Singapura, dan Malaysia.

Makanan tradisi suku kaum Hakka di Malaysia adalah sebahagian daripada warisan masakan di selatan China, walaupun ia cenderung menerima sedikit perhatian berbanding masakan Cina yang lain.

Kebiasaannya kita sedia maklum kuih tradisi seperti kuih Bakul dan Kuih Bulan semestinya dihidangkan semasa perayaan Tahun Baru Cina

Selain itu, Choy Pan juga adalah sejenis kuih tradisional yang paling penting bagi suku kaum Hakka Ketika menyambut Tahun Baru China.

Choy Pan adalah sejenis kuih yang bentuknya bagaikan jongkong emas (Gold Ingot).

Intinya mestilah diisi dengan padat dan penuh, melambangkan kemewahan harta benda dan tuah kepada keluarga. Ia merupakan satu makanan wajib keluarga Hakka ketika menyambut tahun Baru China. Sekian perkongsian buat kali ini..Selamat Mencuba..

**sumber dipetik dari buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka terbitan Perbadanan Muzium Melaka , 2020.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP