Visits: 195

Lot 25, Jalan Tengkera

Bangunan bekas Chapel ini terletak di No. 25 Jalan Tengkera, Melaka. Bangunan ini sekarang dimiliki oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka sebiah agensi Kerajaan Negeri Melaka dan akan ditukarkan kepada penggunaan baru sebaik sahaja selesai keseluruhan kerja konservasi dijalankan.

Bangunan ini dianggarkan berusia lebih 80 tahun. Tarikh lebih tepat pembinaan bangunan ini di jangka dapat diperolehi melalui kajian sejarah yang akan dilaksanakan oleh pihak PERZIM. Senibina dan susun atur ruang dalamannya hampir serupa dengan kebanyakan bangunan gereja lain. Namun terdapat beberapa kelainan seperti kedudukan ‘chancel’ yang terletak di sebelah tepi. Fasadnya pula lebih ‘simple’ dan tiada penggunaan ‘stainglass’ tetapi komponen pintu dan tingkapnya mempunyai rekabentuk ‘pointed arch’ seperti di kebanyakkan bangunan gereja.

Teknik binaan dan bahan – bahan bangunan tempatan digunakan sepenuhnya untuk pembinaan chapel ini. Dinding bata yang tebal atas asas ‘strip foundation’ dan sistem kekuda kayu digunakan untuk struktur binaannya. Kemasan bumbung menggunakan bahan genting tanah liat bentuk ‘V’ dan berlantai jubin ‘teracotta’ yang lazimnya digunakan untuk bangunan sezaman dengannya.

‘Diversity’ pada pelbagai jenis bangunan warisan dengan stail senibina yang berbeza yang telah dan akan dibaikpulih oleh PERZIM, agensi – agensi lain dan pemilik bangunan di Negeri Melaka sudah tentulah akan menyumbang kepada visi untuk menjadikan Melaka negeri contoh dalam mengekalkan bangunan – bangunan warisan.

Usaha – usaha begini oleh PERZIM dalam mengenalpasti, melaksanakan kajian  dan mendokumentasikan bangunan – bangunan warisan di harap akan terus menjadi contoh dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kecintaan pada warisan kita.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP