Visits: 160

Makam Datuk Aroom

Makam Datuk Gubah / Arom ini terletak di dalam satu kawasan perkuburan lama di dalam kariah Bukit Beruang, Melaka. Selain dari Makam Datuk Gubah, apa yang menarik mengenai kawasan perkuburan ini ialah kawasan tersebut merupakan kawasan kubur – kubur lama di mana kebanyakkan kubur – kubur tersebut di perbuat dari batu nisan Acheh. Disamping itu, terdapat juga batu nisan yang di perbuat dari batu Grinite dan Laterite. Melihat daripada pembuatan kubur – kubur tersebut, kebarangkalian ia merupakan kubur lama yang digunakan untuk orang kebanyakkan.

Terdapat 12 buah makam lama dari batu nisan Acheh di kawasan perkuburan tersebut. Melihat dari sudut sejarah, penggunaan batu nisan Acheh yang di temui di seluruh semenanjung, kebanyakkannya digunakan untuk nisan raja, pembesar dan orang – orang kenamaan sahaja. Makam di Bukit Beruang ini merupakan satu kumpulan makam dari nisan Acheh yang terbanyak ditemukan di negeri Melaka. Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan apakah makam – makam yang terdapat di kawasan ini wujud sejak dari zaman kesultanan atau pun zaman – zaman terkemudian daripadanya.

Mengenai Makam Datuk Gubah yang dikatakan juga sebagai Makam datuk Arom / Harom, beliau merupakan seorang yang berketurunan China yang memeluk agama Islam setelah terselamat daripada lemas di laut. Setelah memeluk Islam dan mengikut segala peradaban dan budaya Melayu, beliau di lantik menjadi kapten bagi orang Melayu yang pertama di zaman pemerintahan Belanda. Beliau dikatakan pengasas kepada pembinaan Masjid Kampung Hulu pada tahun 1720an. Apabila beliau meninggal dunia, makamnya di anggap sebagai keramat oleh penduduk tempatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP