Visits: 162

Makam Datuk Manila

Lokasinya terletak di Lorong Datuk Manila, sebelah kanan jalan menuju ke Terengkera. Datuk Manila merupakan seorang ulamak yang berasal dari Manila, Filipina. Kedatangannya ke Melaka sewaktu Filipina di takluki oleh Sepanyol. Sebelum ditakluki banyak pulau di Filipina dikuasai oleh orang-orang beragama Islam/ Ulamak yang berasal dari Kepulauan Borneo dan Sulu. Para Ulamak dan orang-orang Islam sebelumnya telah membina kota yang dinamakan “Antromoros Portress”. Datuk Manila dan mungkin ramai lagi para Ulamak Islam Filipina melarikan diri setelah Sepanyol menindas orang-orang Islam sewaktu pemerintahan mereka. Datuk Manila banyak memberi pengajaran agama kepada penduduk tempatan sejak masa pemerintahan balanda di melaka. Sifatnya yang baik sehingga beliau dianggap sebagai keramat dan apabila meninggal dunia, kuburnya dibuat khas di suatu kawasan yang tersendiri. Sewaktu pemerintahan Inggeris kawasan perkuburanya dikhas sebagai tanah keramat kerana beliau begitu dihormati oleh orang yang beragama Islam dan juga lain-lain kepercayaan. Bentuk kuburnya berkonsepkan kubur orang suci di Melaka iaitu kubur Panjang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP