Visits: 139

Makam Dol Said

Makam Datuk Dol Said terletak di tanah wakaf Masjid Taboh Naning, Alor Gajah, Melaka. Makam yang di bina di dalam kawasan bertembok batu empat persegi ini di setiap penjurunya di sediakan tempat letak pelita. Batu nisannya pula dari batu Grinite yang digunakan secara meluas pada abad ke-19. Keadaan makam yang bertembok ini membezakan makam ini dengan makam – makam yang lain yang membuktikan makam tersebut adalah makam pembesar di kawasan tersebut.

Dol Said atau Abdul Said merupakan Datuk Penghulu jajahan Naning yang ke – 9. Beliau di lantik sebagai penghulu Naning atau lebih di kenali sebagai Datuk Naning pada 1801 dengan gelaran Datuk Seraja Merah. Beliau berketurunan Suku Semelenggang yang mengantikan bapa saudaranya Datuk Anjak yang meninggal dunia pada tahun 1801.

Sejak zaman Portugis dan Belanda, pentadbiran penjajah tersebut tidak terlalu mencampuri urusan di Naning yang mengamalkan adat pepatih. Datuk Naning berkuasa mentadbir, mengadili dan menjatuhkan hukuman tanpa merujuk kepada kuasa penjajah di Melaka. Walaupun pemerintah Belanda cuba mengenakan cukai 1/10 dari hasil tanaman orang – orang di jajahan Naning (Pulau Sebang, Naning, Masjid Tanah, Lubuk China dan sebahagian besar dari kawasan daerah Alor Gajah yang mengekalkan adat pepatih), namun perkara tersebut tidak dihiraukan oleh Datuk Naning. Beliau menganggap bahawa Naning adalah sebuah daerah kecil yang merdeka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP