Visits: 160

Makam Habib Omar

Mengikut kepercayaan penduduk setempat makam ini dipercayai milik Habib Omar seorang Ulama yang menjadi Guru Agama yang pernah menetap di kampung ini. Beliau dikatakan mempunyai hubungan persaudaraan dengan Habib Noh di Singapura dan Panglima Pidi di puncak Bukit China.

Hj Abdullah bin Omar berusia lebihkurang 90 tahun, salah seorang penduduk tertua di kampung Bukit China, menceritakan bahawa makam ini telah ujud sejak beliau kecil lagi. Tanah tempat persemadian ulama ini telah diwakafkan oleh moyang beliau untuk dijadikan sebagai tapak pengkebumian orang-orang Islam.

Makam Habib Omar telah diselenggara secara sukarela oleh Pak Wan Teh yang merupakan penduduk tetap di kampung ini.  Setelah Pak Wan Teh meninggal dunia, makam dan tapak tanah perkuburan ini terbiar tanpa penyelenggaraan dan secara tidak langsung struktur tembok makam ini makin rosak dan tapak ini telah disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP