Visits: 36

Makam Panglima Pidi

Makam Keramat Panjang

Keramat merupakan satu perkuburan Islam yang terletak di Puncak Bukit Gedung (Bukit Cina). Di puncak bukit tersebut terdapat sejumlah perkuburan Islam dimana batu nisannya dibuat daripada Batu Granik. Dua daripada perkuburan tersebut merupakan kubur panjang dan keramat panjang mengambil nama sempena keadaan kubur tersebut.

Adalah dipercayai salah satu makam tersebut merupakan Makam Panglima Pidi, Pahlawan Acheh yang terkorban bersama-sama Syamsudin Al-Sumatarani semasa peperangan antara Acheh dengan Portugis di Melaka. Pada suatu masa dahulu, kawasan keramat ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan untuk membayar niat atau nazar. Walaubagaimanapun kegiatan tersebut tidak lagi diamalkan pada ketika ini.

Kewujudan perkuburan dan Makam Keramat Panjang di puncak bukit ini membuktikan ianya telah wujud sebelum kawasan persekitarannya dijadikan sebagai tanah perkuburan Cina yang terbesar di Melaka pada suatu masa dahulu. Ianya wajar dipelihara dan dikekalkan berterusan untuk tatapan generasi akan datang.

مقام ڤڠليما ڤيدي د بوكيت ڬدوڠ

ترداڤت ساتو ڤرقبورن اسلام يڠ ترلتق د ڤونچق بوكيت ڬدوڠ )بوكيت چينا(. د ڤونچق بوكيت ترسبوت ترداڤت سجومله ڤرقبورن اسلام دمان باتو نيسنڽ دڤربوات درڤد باتو جنيس ڬرانيت. دوا درڤد ڤرقبورن ترسبوت مروڤاكن قبور ڤنجڠ دان دكنلي سباڬاي مقام كرامت ڤنجڠ مڠمبيل نام سمڤنا كادأن قبور ترسبوت

ساله ساتو مقام ترسبوت دڤرچايأي مروڤاكن مقام ڤڠليما ڤيدي، ڤهلاون اچيه يڠ ترقربان برسام-سام شمس الدين السوماتراني سماس ڤڤراڠن انتارا اچيه دڠن ڤورتوڬيس د ملاك. ڤد سواتو ماس دهولو، كاوسن كرامت اين سريڠ دكونجوڠي اوليه ڤندودوق تمڤتن اونتوق ممباير نية اتاو نذر. والاوباڬايماناڤون كڬياتن ترسبوت تيدق لاڬي دعملكن ڤد كتيك اين

كوجودن ڤرقبورن دان مقام كرامت ڤنجڠ د ڤونچق بوكيت اين ممبوقتيكن اياڽ تله وجود سبلوم كاوسن ڤرسكيترنڽ دجاديكن سباڬاي تانه ڤرقبورن چينا يڠ تربسر د ملاك ڤد سواتو ماس دهولو. اياڽ واجر دڤليهارا دان دككلكن برتروسن اونتوق تاتاڤن ڬينراسي اكن داتڠ

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP