Visits: 147

Makam Sultan Ali

Lokasi makam ini terletak di dalam kawasan Masjid Umbai, Melaka. Sultan Ali merupakan putera kepada Sultan Husin, Sultan Johor- Singapura yang di lantik oleh Inggeris pada tahun 1819. Semasa pemerintahannya, baginda dan Temenggung Ibrahim telah bersaing bagi menguasai tampuk pemerintahan Kerajaan Johor. Baginda terpaksa menyerahkan kuasa kepada Temenggung Ibrahim akibat campur tangan Inggeris dan baginda telah berundur ke Kesang, Muar, Johor. Sultan Ali telah mangkat pada tahun 1877 dan telah dimakamkan di Umbai, Melaka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP