Visits: 161

Makam Sultan Hussein

Makam Sultan Hussin Shah terletak di dalam kawasan perkuburan di Masjid Tengkera, Melaka.

Sultan Hussin Shah adalah seorang putera sulung Sultan Mahmud Shah III (1761 – 1812) yang memerintah Kerajaan Johor yang meliputi Pahang, Riau dan Lingga. Baginda di kenali juga sebagai Tengku Long atau Tengku Embong. Akibat daripada perselisihan keluarga, sehinggakan baginda tidak menghadiri majlis pengkebumian ayahandanya, baginda tidak ditabalkan menjadi Sultan. Adindanya Tengku Abdul Rahaman di tabal menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Rahman pada tahun 1812.

Dengan campur tangan Inggeris di bawah Stamford Raffles dan Temenggong Johor (Abdul Rahman), Tengku Hussin akhirnya di tabalkan menjadi Sultan Johor pada tahun 1819 dengan bergelar Sultan Hussin Shah. Bagi mengelakkan campur tangan Sultan di dalam urusan pentadbiran yang cuba di monopoli oleh Inggeris, pelbagai perjanjian telah di buat di antara Inggeris dengan Sultan Hussin. Dengan tipu muslihat yang dimainkan oleh Temenggong dan Inggeris akhirnya Johor jatuh jua ke tangan Temenggong manakala Singapura dalam gengaman Inggeris pada tahun 1824. Sultan Hussin hanya di beri ganjaran sebanyak 1300.00 Sepanyol.

Disebabkan permasalahan keluarga dan kesal terhadap perbuatan yang dilakukannya, maka baginda telah berhijrah ke Melaka pada tahun 1834 dan menetap di Bandar Hilir. Baginda telah mangkat pada tahun 1835 dan dikebumikan di kawasan perkuburan Masjid Tengkera.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP