Visits: 147

Makam Syamsuddin Al-Sumatrani

Makam ini terletak di Kampung Ketik di Belakang Bangunan tambahan Tokong Cheng Hoon Teng, Jalan Tokong, Melaka. Makam dari batu Grinite biasa ini terletak di dalam sebuah bangunan yang di bina khas. Walaupun tiada ciri – ciri yang menarik mengenai bahan makam tersebut, tetapi boleh dikatakan Syeikh Samsuddin Al Sumatrani merupakan seorang yang ternama dari Acheh yang memerangi Portugis di Melaka. Penduduk tempatan pula mengenali makam tersebut sebagai Makam Abdullah Sumaterani yang di anggap sebagai sebuah makam yang keramat.

Syeikh Samsuddin Al- Sumaterani merupakan seorang Ulama, Sasterawan, pengarang dan negarawan ulung yang berasal dari Acheh. Seangkatan dengan beliau ialah Nuruddin Al- Raniri, Tun Acheh, Tun Burhad dan Hamzah Fansuri. Tun Sri Lanang (Pengarang Sejarah Melayu) pernah bersama – sama beliau dan rakan – rakannya semasa berada di Acheh (dibawa ke Acheh berserta Sultan Alauddin Riayat Shah III – Sultan Johor, Raja Abdullah dan beberapa pembesar Johor sebagai tawanan Acheh pada tahun 1613).

Dalam satu serangan Acheh yang di ketuai oleh Sultan Iskandar Muda (1607 – 1636) terhadap Portugis di Melaka, Syeikh Samsuddin dan Panglima Pidi (pahlawan Acheh yang terbilang) telah sama – sama turut serta dalam pertarungan tersebut. Panglima Pidi berserta 5000 tenteranya telah mendarat dan bertempur di Teluk Ketapang. Walau bagaimana pun, Panglima Pidi telah tewas dan dikatakan telah dikebumikan di puncak Bukit Gedung (Bukit China) dan makamnya di kenali sebagai keramat panjang.

Walaupun dikatakan Syeikh Samsuddin Al- Sumaterani telah terselamat dari pertempuran tersebut dan kembali ke Acheh bersama dengan Sultan Iskandar Muda, tetapi tiada tanda – tanda bahawa beliau di temui di Acheh. Penemuan makam beliau ini telah disahkan oleh Profesor H.A Hasjmy yang banyak mengkaji mengenai sejarah Acheh. Oleh itu, pemeliharaan makam ini akan menguatkan ikatan silaturahim di antara Acheh dengan Melaka khususnya dan Malaysia amnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP