Visits: 158

Makam Tok Kepau

 Tok Kepau atau Daeng Kepau bin Daeng Janung telah dilahirkan di Riau, Indonesia. Apabila Kerajaan Riau Lingga jatuh ke tangan Belanda pada 1 November 1784, keadaan yang tidak stabil telah menyebabkan sebahagian penduduk termasuk Tok Kepau keluar dari Riau dan berlayar ke tempat lain. Sebahagian menetap di Pulau Penyengat dan Tok Kepau sendiri dan rombongannya meneruskan pelayaran dan mendarat di kuala Sungai Kesang. Beliau dipercayai sebagai orang yang bertanggungjawab membuka Sungai Rambai pada tahun 1790. Nama Sungai Rambai diambil sempena sepohon pokok rambai hutan yang terdapat di tebing anak sungai Sungai Kesang.

Tok Kepau adalah besan kepada Raja Ali Haji Pujangga Riau apabila anaknya Daeng Khamis @ Tok Khamis berkahwin dengan Raja Munah @ Fatimah, puteri Raja Ali. Apabila beliau meninggal dunia pada tahun 1848, beliau telah dikebumikan di sini termasuk Raja Munah. Makam ini telah diwartakan sebagai tapak sejarah di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988 pada tahun 2014.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP