Visits: 324

Makam Tun Teja

Makam ini dipercayai makam Tun Teja Ratna Benggala anak kepada Seri Amar Diraja Bendahara Pahang (Inderapura). Tun Teja ialah isteri kepada Sultan Mahmud Shah (1458-1511). Apabila Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511, Baginda telah berundur ke Bentayan (Muar). Semasa pengunduran inilah Tun Teja yang ketika itu sedang gering akhirnya mangkat. Jasadnya dipercayai disemadikan di sini dengan penuh adat istiadat.

Tun Teja bukan sahaja seorang wanita yang jelita dan berhemah tinggi bahkan seorang isteri yang setia serta disayangi oleh Sultan dan telah menumpukan sepenuh ketaatsetiaan kepada negeri ini. Beliau telah membangkitkan semangat kepahlawanan dalam kalangan wanita Melayu untuk turut sama mempertahankan negeri daripada serangan Portugis. Segala jasa dan pengorbanan beliau akan tetap dikenang buat selamanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP