Visits: 236

Masjid An Nur Banda Hilir

Masjid Annur Bandar Hilir Melaka, telah diasaskan oleh Tuan Hj Sharif pada tahun 1620. Pada asalnya tapak masjid ini adalah sebuah rumah dan kemudiannya dijadikan surau oleh generasi terdahulu. Mereka sepakat membentuk jawatankuasa untuk menjaga serta mengendalikan urusan surau dan akhirnya menjadi sebuah masjid yang dikenali dengan Masjid Bandar Hilir Melaka.

Setiap tahun banyak urusan dan aktiviti yang dijalankan oleh generasi terdahulu di masjid ini. Pada hari ini masjid ini telah berusia hampir 100 tahundan dikenali sebagai Masjid Annur Banda Hilir Melaka.

Masjid ini sebenarnya telah diamanahkan oleh allahyarham Tn Hj Sharif kepada anaknya En Nordin dan kemudiannya di amanahkan pula kepada Tn Hj Rashid iaitu cucu kepada Hj Sharif. Berkat amanah yang di tinggalkan oleh datuk beliau, kini hampir keseluruhan tanah masjid seluas satu ekar telah diwakafkan kepada Masjid.

Kini Masjid Annur ini sekali lagi berubah wajah dibawah program pembangunan Masjid An-nur yang di wujudkan bagi meningkatkan keselesaan semasa beribadah di masjid ini. Perbelanjaan bagi pengubahsuaian menelan belanja hampir 1.4juta riggit Malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP