Visits: 229

Masjid Ayer Barok

Lokasi masjid ini terletak di persekitaran pekan Jasin. Ianya dibina pada tahun 1917 dan masjid ini pernah menjadi masjid utama pekan Jasin berdasarkan kedudukannya. Penyelaras kepada pembinaan masjid ini ialah Datuk Demang Haji Abu bin Ujang dan saudara lelakinya Tuan Kadhi Haji Musa bin Ujang yang juga merupakan imam masjid pada masa itu. Pemilik asal kepada tapak tanah masjid ini pula ialah Datuk Senara yang mewariskannya kepada cicitnya, Datuk Demang Haji Abu bin Ujang. Dikisahkan bahawa Datuk Senara berasal dari Pagar Ruyung, Minangkabau dan merupakan pengembara yang telah membuka pekan Jasin. Masjid ini dihias dengan jubin corak bunga timbul yang menarik dan lantainya pula adalah jenis marmar buatan Itali yang juga merupakan lantai istana Sultan Deli, Sumatera.

Pada tahun 1969, masjid ini tidak lagi digunakan sepenuhnya sebagai tempat solat secara berjemaah memandangkan masjid baru pekan Jasin telah siap dibina. Penggunaannya lebih tertumpu kepada kegiatan keagamaan dan turut dijadikan bangunan tambahan untuk aktiviti pembelajaran sekolah agama bersebelahan masjid oleh penduduk sekitar pekan Jasin.

Pada tahun 2002, masjid ini telah dilaksanakan kerja-kerja pemuliharaan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. Masjid ini juga telah diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988 pada 6 Mei 2004.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP