Visits: 220

Masjid Baru Nyalas

Masjid Baru Nyalas telah dibina pada tahun 1934. Ia telah diasaskan oleh seorang penduduk yang bernama Tuan Hj. Hashim bin Ibrahim yang berasal dari Sungai Rambai, Melaka. Masjid ini asalnya sebuah surau yang kecil beratap nipah dan berdinding papan tetapi telah diubahsuai selepas merdeka. Pengubahsuaian telah dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan pertambahan penduduk dari lima buah kampung iaitu Kampung Gubah, Kampung Abbey, Kampung Pondok Batang dan Kampung Tanah Pinggir Meriang

Bagi memastikan kepimpinan masjid berjalan lancar, pengerusinya dilantik di kalangan anak kariah kampung ini. Memandangkan jumlah penduduk dan pelbagai aktiviti yang dijalankan, masjid ini telah mengalami perubahan infrastruktur termasuk pembesaran kawasan masjid, tandas dan tempat wuduk.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP