Visits: 192

Masjid Bukit Baru

Masjid ini terletak dipekan Bukit Baru, 75150 Melaka, di atas tanah yang berkeluasan 1200 kaki persegi. Masjid ini dugunakan oleh penduduk dari 5 iaitu Solok Bukit Baru,Kg Ku Sayang, Solok Bukit Baru Dalam, Solok Bukit Pulau, Solok Paya Ikan, Kg Padang Jambu dan lapan buah taman Perumahan.

Surau-surau yang berhampiran dan termasuk di dalam kariah adalah terdiri dari Surau Al Jariah Bukit Baru, surau Kg Ku Sayang, Surau Al Nor Bukit Baru Dalam. Surau Kg Padang Jambu, Surau Taman Desa Baru, Surau Taman Bahagia, Surau Taman Putera, Surau Taman Merbok, Surau Kg Paya Ikan dan Surau Kg Bukit Pulau.

Masjid ini dibina sekitar tahun 1918. Tanah tapak masjid adalah wakaf dari individu yang bernama Demang Abd Hadi. Pembinaan masjid ini adalah hasil sumbangan dan kutipan derma dari penduduk kampung dan masyarakat setempat. Pengubahsuaian telah dijalankan beberapa kali tanpa mengubah rekabentuk asal masjid ini. Semasa pembinaan masjid ini diketuai oleh seorang tukang melayu yang sangat mahir iaitu Pendek Bin Samad.

Sebelum pengubahsuaian dilakukan ke atas masjid ini, masjid ini hanya mampu menampung kira-kira 200 orang berbanding 1200 orang selepas kerja-kerja pengubahsuaian di jalankan. Dengan bantuan kerajaan negeri dan sokongan masyarakat setempat, sebidang tanah yang terletak berhampiran Masjid seluas 30,000 kaki persegi dengan harga RM 595,000.00 telah dibeli dan dimliki sebagai aset masjid Bukit Baru. Pembeliaan tersebut di buat bagi tujuan pembesaran ruang masjid yang bakal mengalami perubahan fizikal dari masa ke semasa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP