Visits: 199

Masjid Bukit Cina

Masjid Bukit Cina atau juga dikenali sebagai Masjid Al-Hamideen merupakan sebuah masjid yang terletak di atas Lot 92, Bukit CinaMelaka TengahMelaka. Masjid ini telah diwartakan sebagai masjid warisan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988 pada tahun 6 Mei 2004 melalui no. warta jilid 48 no. 10.

Masjid ini pada asalnya adalah menggunakan bahan campuran antara batu dan kayu. Masjid ini telah dibina pada tahun 1281 Hijrah bersamaan tahun 1865 Masihi melalui derma orang ramai terutama penduduk kampung dan masyarakat setempat. Pada tahun 1978, masjid ini telah diubahsuai oleh pihak kerajaan bagi menambah keluasan ruang. Kerja-kerja pengubahsuaian telah dibiayai melalui hasil kutipan derma dan peruntukan dari Kerajaan Negeri Melaka.

Masjid ini diwartakan berasaskan bentuk asalnya masih kekal dipelihara. Empat batang tiang agung yang menjadi tunggak bumbung masjid yang di atas sekali dengan mahkota merupakan unsur simbolik penghubung antara manusia dan alam sejagat dengan Tuhan penciptanya. Bumbung yang bertingkat 3 dan tapak sebagai syariat bumbung pertama sebagai tarikat (penyatuan umat Islam), bumbung kedua sebagai hakikat (nyata dan benar) dan bumbung ketiga sebagai makrifat (pengetahuan dan kepercayaan yang tinggi), puncak masjid sebagai puncak harapan dan doa mereka kepada Allah. Manakala 4 penjuru masjid yang menyokong 4 tiang agung melambangkan 4 penjuru alam dan isi kandungannya.

 

مسجد بوكيت چينا

مسجد بوكيت چينا اتاو جوڬ دكنلي سباڬاي مسجد الحامدين مروڤاكن سبواه مسجد يڠ ترلتق د اتس لوت ٩٢، بوكيت چينا، ملاك تڠه، ملاك. مسجد اين تله دورتاكن سباڬاي مسجد واريثن دباوه اينكمن ڤموليهارأن دان ڤموڬارن واريثن بوديا ١٩٨٨ ڤد تاهون ٦ مي ٢٠٠٤ ملالوءي نومبور ورتا جيليد ٤٨ نومبور  ١٠

مسجد اين ڤد اصلڽ اداله مڠڬوناكن باهن چمڤوران انتارا باتو دان كايو. مسجد اين تله دبينا ڤد تاهون ١٢٨١ هجرة برسمأن تاهون ١٨٦٥ مسيحي ملالوءي درما اورڠ راماي تراوتما ڤندودوق كامڤوڠ دان مشاركت ستمڤت. ڤد تاهون ١٩٧٨، مسجد اين تله داوبهسواي اوليه ڤيهق كراجأن باڬي منمبه كلواسن رواڠ. كرجا-كرجا ڤڠوبهسواين تله دبياءي ملالوءي حاصيل كوتيڤن درما دان ڤرونتوكن دري كراجأن نڬري ملاك

مسجد اين دورتاكن براسسكن بنتوق اصلڽ ماسيه ككال دڤليهارا. امڤت باتڠ تياڠ اڬوڠ يڠ منجادي توڠڬق بومبوڠ مسجد يڠ داتس سكالي دڠن مهكوتا مروڤاكن عنصور سيمبوليك ڤڠهوبوڠ انتارا مأنسي دان عالم سجاڬت دڠن توهن ڤنچيڤتاڽ. بومبوڠ يڠ برتيڠكت ٣ دان تاڤق سباڬاي شريعة بومبوڠ ڤرتام سباڬاي تاريكت ڤڽاتوان اومت اسلام(، بومبوڠ كدوا سباڬاي حقيقة )ڽات دان بنر( دان بومبوڠ كتيڬ سباڬاي معرفة )ڤڠتاهوان دان كڤرچايأن يڠ تيڠڬي(، ڤونچق مسجد سباڬاي ڤونچق هارڤن دان دعاء مريك كڤد الله. مانكالا ٤ ڤنجورو مسجد يڠ مڽوكوڠ ٤ تياڠ اڬوڠ ملامبڠكن ٤ ڤنجورو عالم دان ايسي كندوڠنڽ

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP