Visits: 203

Masjid Bukit Piatu

Pada asalnya masjid ini dikenali sebagai Masjid Bukit Piatu,Melaka. Ianya dibina pada 1897 di Jalan Bukit Piatu, Melaka. Sebelum kewujudan Jalan Abd Razak, Jalan Bukit Piatu merupakan jalan utama bagi peniaga dan petani membawa hasil untuk dibawa dan dipasarkan di Bandar Melaka yang jauhnya kira-kira 2 batu. Masjid ini menjadi tempat persinggahan bagi peniaga dan petani yang ingin menunaikan solah ataupun sembahyang Jumaat.

Rekabentuk bumbung masjid ini mempunyai rekabentuk bumbung masjid negeri Melaka iaitu dari jenis tenggek 2 tingkat. Masjid ini dibina secara gotong royong di antara penduduk kampung dan masyarakat setempat. Masjid Bukit piatu telah beberapa kali diubahsuai dan diperbesarkan bagi kmenampung bilangan jemaah yang semakin bertambah kesan pembangunan di kawasan sekitarnya.

Nama Masjid Bukit Piatu Melaka telah ditukar nama kepada MASJID AN-NEKMAK,BUKIT PIATU,MELAKA setelah diarahkan oleh Pejabat Mufti Melaka pada tahun 1998 dan ianya dikekalkan sehingga ke hari ini.

Masjid ini mampu menampung kira-kira 1500 orang dalam suatu masa kerana ruang solatnya yang luas dan selesa. Kemudahan infrastuktur yang terdapat di masjid ini turut menyumbang pertambahan bilangan jemaah di masjid ini.Dalam menuju ke era baru, pengurusan masjid telah dibekalkan sebuah komputer bagi membolehkan laman web masjid ini diwujudkan untuk dijadikan bahan rujukan dan sebagai saluran untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai khususnya di Malaysia.

Pada masa akan datang, pihak pengurusan Masjid Bukit Piatu bercadang untuk mempelbagaikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi meningkatkan bilangan jemaah ke masjid ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP