Masjid Duyong
Masjid Duyung terletak kira-kira 8 kilometer dari Bandar Melaka. Ianya merupakan antara masjid yang tertua di negeri Melaka dengan menggunakan seni bina tradisional Melaka. Masjid ini telah diwartakan di bawah akta Benda Purba 1976 di bawah Jabatan Muzium dan Antikuiti selepas kerja - kerja pemuliharaan telah dijalankan.
Masjid ini asalnya sebuah surau yang telah dinaiktaraf sebagai sebuah masjid. Pembinaan masjid ini dilakukan secara gotong-royong dan telah siap di bina pada tahun 1950. Pengasas masjid ini di kenali sebagai Wan Chilek yang asal-usulnya tidak dapat dipastikan. Pada tahun 1967 beberapa perubahan telah dilakukan ke atas masjid ini termasuk kerja - kerja yang melibatkan penukaran ke atas bahan siling dan corak ukiran yang terdapat pada masjid tersebut.