Visits: 225

Masjid Kampung Brisu

Masjid ini terletak di Mukim Brisu dan dibina pada tahun 1926. Ianya dibina dari atap rembia, dinding papan dan lantai dari daun pisang. Pada 1928 masjid ini dibina semula dengan berasaskan batu.

Pengasas kepada masjid ini adalah Haji Mohd Din yang juga merupakan penyumbang terbesar dari segi kewangan untuk pembinaan masjid ini. Tindakan beliau disokong oleh Penghulu Ja’mat. Masyarakat kampung juga memainkan peranan penting terutama dalam hal memberikan sumbangan kewangan dengan menyumbangkan sebanyak RM50.00 untuk setiap rumah. Mereka juga turut menyumbang tenaga dengan bergotong-royong dalam hal-hal pembinaan.

Tukang utama kepada masjid ini merupakan tukang cina dan dibantu oleh penduduk setempat. Tapak tanah masjid ini diwakafkan oleh Haji Dari bin Haji Kassim.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP