Visits: 179

Masjid Kampung Chin Chin

Lokasinya terletak di km. 36.8 mukim Chinchin. Pada asalnya pembinaan masjid ini berasaskan kayu. Pada 1941, masjid baru telah dibina dan kekal sehingga ke hari ini. ke. Pengasas kepada masjid ini adalah Penghulu Mohammad Dora bin Jamaluddin. Beliau merupakan individu yang bertungkus lumus menghadapi pelbagai kesulitan dalam usaha untuk mendirikan masjid ini.

Kerja - kerja pembinaan masjid ini dijalankan secara gotong-royong oleh masyarakat setempat. Namun hal yang demikian, seorang Cina mualaf yang bernama Talib bin Abdullah yang berasal dari Kampung Rim telah di lantik untuk mengetuai pembinaan masjid ini. Beliau merupakan seorang tukang kayu yang tersohor pada ketika itu.

Pengubahsuaian telah dilakukan sebanyak 2 kali. Antara kerja-kerja menaiktaraf dan baikpulih yang dijalankan adalah memperbesarkan masjid berdasarkan pelan Jabatan kerja Raya. Kesemua perbelanjaan pengubahsuaian ditanggung oleh Kerajaan negeri dan  perbelanjaan untuk pengindahan masjid ini, telah dibiayai oleh hasil derma masyarakat setempat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP