Visits: 196

Masjid Kampung Sebatu

Masjid ini terletak di km. 28.8, Mukim Sebatu. Masjid ini mula di bina pada tahun 1901 dan siap untuk digunakan pada 1902 bagi menggantikan masjid lama yang di bina pada abad ke-19. Imam Subuh Bin Hashim, Penghulu Salim dan beberapa orang yang lain tercatat merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap pembinaan masjid ini. Mereka turut di bantu oleh tukang - tukang Melayu dan juga masyarakat kampung. Masjid ini telah diubahsuai sebanyak tiga kali iaitu pada 1960an, 1970an dan 1992. Semua kos pengubahsuaian telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri. Pengubahsuaian dilakukan secara besar - besaran dilakukan pada 1992 di mana kerajaan negeri telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM118,000.00.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP