Visits: 188

Masjid Kampung Sempang

Lokasinya terletak di km 20.8, mukim Sempang. Berdasarkan tarikh yang tercatat di masjid ini, ianya telah di bina pada tahun 1278H, bersamaan dengan 1875M. Menurut maklumat yang diperolehi daripada penduduk kampung, pembinaan masjid ini mengambil masa lebih daripada 3 tahun .

Pengasas kepada masjid ini ialah Datuk Sadin atau lebih dikenali sebagai Tok Tenang, yang dipercayai berasal dari Maghribi. Kerja keras beliau mendorong masyarakat setempat untuk bergotong-royong semasa pembinaan masjid ini sebagai tempat beribadat dan mendalami ilmu agama. Satu sistem kerja telah di buat bagi mempercepatkan kerja-kerja pembinaan masjid ini di mana pihak lelaki bekerja di waktu siang dan pihak wanita bekerja di waktu malam. Pihak perempuan dikatakan berfungsi mengangkut batu dan tanah menggunakan bakul. Colok dari damar digunakan untuk menerangi suasana bekerja di waktu malam. Bagi memastikan keselamatan pekerja wanita, seorang pengawal wanita telah  di lantik bagi tujuan tersebut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

TOP